Skip to main content

Galeri 2020

Bengkel  Penyediaan Garis Panduan Pelaksanaan Work Based Learning (WBL) Di UTeM anjuran Pejabat Perancangan dan Pembangunan Akademik (PPPA) pada 17-18 Disember 2020 telah diadakan di Bilik Jamuan Auditorium, Canselori.

    Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) telah mengadakan Bengkel Microsoft Teams khusus untuk kakitangan pentadbiran yang terdiri dari kalangan Pembantu Tadbir, Pembantu Tadbir Kanan, Setiausaha dan lain-lain di Bilik Latihan Pusat Sumber Teknologi Pembelajaran (PSTP), Kampus Teknologi UTeM.

      Pejabat Timbalan NAIB Canselor (Akademik & Antarabangsa) serta PBU dibawahnya telah mengadakan Bengkel Microsoft Teams pada 30 November 2020 di Bilik Latihan Pusat Sumber Teknologi Pembelajaran (PSTP), Kampus Teknologi UTeM. Program ini dikendalikan oleh Dr. Zulisman Maksom yang merupakan Pengarah PSTP.

        Mesyuarat Khas Jawatankuasa Timbalan-Timbalan Naib Canselor/Rektor Akademik dan Antarabangsa (JKTNCRA) Universiti Awam yang diadakan secara atas talian. Turut menghadiri sesi ini, Dr. Hyreil Anuar Bin Kasdirin, Pengarah Pejabat Perancangan & Pembangunan Akademik UTeM.

          Perbincangan bersama DRAS Advance Sdn. Bhd. telah diadakan berkenaan "Online Degree Courses" di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Canselori.