Terma Rujukan JKTSHEA
JAWATAN KUASA TETAP SENAT HAL EHWAL AKADEMIK
JKTS Hal Ehwal Akademik bertanggung jawab kepada Senat dalam mengawal selia hal akademik Universiti.
Mengkaji dan memperaku cadangan berkaitan peningkatan kualiti dan keberkesanan pengajaran & pembelajaran.
Mengkaji dan memantau pelaksanaan Sistem Penasihatan Akademik serta memperaku cadangan berkaitan penasihatan pelajar.
Menimbang keberkesanan dan maklum balas pengendalian program-program latihan/ aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran.
Menimbang dan memperaku MoU / MoA berhubung akademik.
Menimbang dan memperaku pelantikan Pemeriksa Luar, Profesor Pelawat, Profesor Adjung dan Profesor/ Profesor Madya/ Felo Tamu.
Memperaku cadangan Kalendar Akademik Ijazah Sarjana Muda dan Diploma bagi setiap sesi pengajian.
Memastikan tindakan susulan dan keperluan badan audit/akreditasi berkaitan hal ehwal akademik diambil tindakan seperti laporan akreditasi EAC, laporan pemeriksa luar, MQA dan audit SIRIM.
Membincang isu-isu yang timbul oleh Majlis Akademik Fakulti (MAF).
Mewujudkan jawatankuasa kerja di bawah JKTS HEA dan membincangkan aktiviti serta pelaporan perkembangan jawatankuasa tersebut.
Memperaku cadangan penawaran mata pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma.
Menimbang Laporan Pemeriksa Luar, Profesor Pelawat, Profesor Adjung dan Profesor/ Profesor Madya / Felo Tamu.
Menimbang laporan lawatan penanda aras dalam dan luar negara yang diadakan oleh Fakulti/Pusat.
Menimbang dan memperaku seminar yang berkaitan dengan akademik.
Menimbang, mengkaji dan memperaku polisi Latihan Industri bagi program akademik.
Melaporkan minit-minit mesyuarat JKTS HEA kepada Senat.
Mengendalikan sesuatu perkara yang mungkin dirujuk oleh Senat dan melaksanakan mana-mana kuasa dan fungsi yang lain sebagaimana yang boleh dan diwakili kepadanya oleh Senat atau yang diperuntukkan di bawah peruntukan mana-mana Statut, Kaedah atau Peraturan Universiti serta melakukan segala perkara yang suai manfaat atau perlu bagi atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.