Terma Rujukan JKTSPA
JAWATAN KUASA TETAP SENAT PERANCANGAN AKADEMIK
JKTS Perancangan Akademik bertanggung jawab kepada Senat dalam hal perancangan akademik Universiti.
Mengkaji dari semasa ke semasa program-program akademik Universiti keseluruhannya, khususnya dengan tujuan penyelarasan dan bidang-bidang yang boleh ditingkatkan dan dikembangkan selari dengan keperluan semasa.
Merancang dan mengkaji tentang Kertas Niat Penawaran program baharu bagi pra dan pasca siswazah.
Membangun dan mengkaji dari semasa ke semasa berkenaan dengan polisi, Peraturan Akademik dan Panduan Peraturan Akademik pra siswazah.
Menimbang dan mengkaji perubahan kurikulum pra siswazah yang dicadangkan oleh Fakulti/Institut/ Pusat.
Memperakukan Kertas Permohonan :-
Program Akademik Baharu pra siswazah dan pasca siswazah
Penubuhan Fakulti/Pusat/Sekolah/Institusi Kecemerlangan
Penukaran Taraf Program.
Meluluskan permohonan kemasukan dan persetaraan mata pelajaran pelajar mobiliti pra siswazah.
Meluluskan cadangan perancangan dan modul latihan akademik (tidak termasuk kewangan).
Mengkaji dan membangun polisi e-pembelajaran serta bentuk-bentuk modul yang boleh dibangun, diwujud dan dilaksanakan dalam program e-pembelajaran Universiti.
Menimbang dan membangun polisi berkaitan dengan pengantarabangsaan.
Menimbang dan membangun polisi berkaitan dengan pengurusan pengetahuan dan koleksi bahan-bahan bacaan.
Merancang dan membangun polisi berkaitan pengiktirafan kursus dan program untuk akreditasi.
Melaporkan minit-minit mesyuarat JKTS Perancangan Akademik kepada Senat.
Mengendalikan sesuatu perkara yang mungkin dirujuk oleh Senat dan melaksanakan mana-mana kuasa dan fungsi yang lain sebagaimana yang boleh dan diwakili kepadanya oleh Senat atau yang diperuntukkan di bawah peruntukan mana-mana Statut, Kaedah atau Peraturan Universiti serta melakukan segala perkara yang suai manfaat atau perlu bagi atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.