Skip to main content

Kata Aluan Pengarah

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kepada Warga UTeM,

Selamat Datang ke laman web Pejabat Perancangan dan Pembangunan Akademik (PPPA), dibawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

PPPA memegang peranan utama dalam pembangunan dan perancangan akademik. Selain itu, PPPA juga berperanan menentukan dan melaksanakan strategi akademik yang memperkasa UTeM untuk mencapai keunggulan akademik. Melalui misi ini, PPPA bertanggungjawab untuk merancang, mengkoordinasi, dan mengimplementasikan inisiatif akademik serta polisi yang relevan dengan hasrat institusi dan keperluan semasa. Dalam konteks ini, PPPA akan berusaha untuk memastikan bahawa setiap program akademik yang ditawarkan adalah berkualiti tinggi, inovatif, dan selari dengan perkembangan terkini dalam pasaran pekerjaan.

Laman web ini berfungsi sebagai portal penyebaran dan perkongsian maklumat serta sumber akses yang mudah untuk warga UTeM, khususnya Fakulti / Pusat/ Institut dalam membantu pembangunan dan kecemerlangan akademik.

Pihak PPPA mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kerjasama daripada semua pihak.

Sekian,

Dr. Hyreil Anuar Bin Kasdirin

Pengarah Perancangan dan Pembangunan Akademik (PPPA)

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Kemaskini 3 Januari 2025