17 – 19 November 2023 - Bengkel Hala Tuju Penubuhan Kampus Cawangan UTeM telah dilaksanakan di Hotel Four Points by Sheraton Desaru bagi membincangkan berkenaan perancangan penubuhan kampus cawangan UTeM di Kota Tinggi. Perbincangan yang telah dijalankan merangkumi sasaran bagi program yang akan dijalankan, kemudahan yang akan dibangunkan serta segala keperluan lain bagi penubuhan kampus tersebut.
Bengkel dihadiri oleh Profesor Dr. Zulkifilie bin Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor IR. Ts. Dr. Ghazali bin Omar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Puan Gurjit Kairon Henry, Pengurus Besar JELITA TVET, Prof. Madya IR. Dr. Md Nazri bin Othman, Pengurus Besar UTeM Holdings Education Sdn. Bhd., serta pengarah-pengarah dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka.